Friday, March 29, 2013
DETIK DAN SAAT
Thursday, March 28, 2013
Wednesday, May 9, 2012
berbuat baik kepada ibu bapa
Ibu bapa
merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam keluarga. Mereka banyak
berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak
pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah,
pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan.
Tapi
sekarang ni ramai anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Perkara ini amat
serius. Anak-anak telah hilang rasa hormat, sering bercakap dengan nada tinggi
dan kasar, bahkan ada yang berani memukul kerana tidak sependapat atau
berselisih faham. Yang paling sedih dan teramat teruk ada yang tidak segan silu
menyaman ibu bapa mereka jika menyentuh hal peribadi mereka. Inilah kelemahan
sistem manusia yang sering dikatakan untuk memenuhi hak asasi manusia tetapi
tidak pernah mampu mendidik dan membentuk peribadi yang mulia.
Islam
mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka.
Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini
amat penting.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada
kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang
bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan
kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
“Kami
perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…”
(al-Ahqaf, 46: 15)
Menghormati
dan taat kepada ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang
dalam keluarga. Hadith RasulAllah di bawah wajar diperhati sebagai peringatan
kepada kita dalam menjaga adab dengan ibu bapa.
“Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati
orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Hadis riwayat Tabrani).
RasululAllah
tidak mengiktiraf mereka yang tidak menghormati ibu bapa mereka termasuk dalam
golongan muslim. Dalam hadis yang lain, perbuatan derhaka kepada kepada ibu
bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.
“Dua kejahatan
yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu
bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Sebagai
contoh mudah, cerita lama si tanggang yang sombong dan mengina ibunya setelah
menjadi nahkoda kapal, mendapat balasan dengan ditukar menjadi batu setelah
ibunya merintih dan berdoa kepada Allah akan memberi pengajaran kepadanya.
Menderhaka
kepada kedua ibu bapa merupakan dosa yang besar dan sangat dimurkai oleh Allah.
Perkara ini diberikan contoh yang lebih mendalam dan lebih kecil sehingga
kepada perkataan dan ucapan seharian.
Allah
melarang anak-anak melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar yang boleh
menyentuh hati seperti perkaaan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.
“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain
Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah
seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah
sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau
suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah
lembut.” (al-Isra’,
17: 23 )
Perkara
ini mungkin nampak kecil, namun Allah tetap menekannya agar manusia mengambil
peringatan dalam menjaga adab dan sebagai batas-batas dan aturan yang perlu
diikuti demi keharmonian hidup.
Sebagai
anak, wajar kita sentiasa bertutur dengan lemah lembut dan mengucapkan
kata-kata yang baik dan menyenangkan hati mereka. Dan lebih-lebih lagi kita
dituntut agar mendoakan kesejahteraan mereka.
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih
sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya
sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” (al-Isra’, 17: 24)
Menghormati
dan berbakti kepada ibu bapa merupakan suatu perkara yang sangat disukai oleh
Allah dan termasuk dalam perbuatan yang menjadi keutamaan yang tinggi.
Diriwayatkan
daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi
Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah? Lalu baginda bersabda:
Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab:
Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda:
Berjihad pada jalan Allah.
Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai
masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia,
Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud:“Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya,
menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan
silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu
Majah).
Marilah
kita bersama-sama menyemai kasih sayang dan mewujudkan keharmonian dalam
keluarga sehingga diberkahi dan mendatangkan sakinah. Semoga keharmonian dalam
keluarga akan menyemarakan lagi kesejahteraan dan kualiti hidup bermasyarakat.
Thursday, May 3, 2012
upin ipin in arabic version
syok jer tengok video ni...upin ipin pun dah pandai cakap arab dah..kita bila lagi..jom sama2 belajar dan praktikkan....lughatul 'arabiah,lughatul jannah...bahasa 'arab,bahasa syurga...
Monday, December 19, 2011
REHATKAN HATI
Jom kita renung dan rehatkan hati dan pemikiran kita dengan tarbiah ilmu yang amat berguna untuk aku dan juga sesiapa yang berminat membaca laman ini.Saja jer aku post buat santapan minda semua.Apa-apa pun,aku doakan moga kita menjalani hayat kita dengan mendekati event atau apa-apa yang boleh menjadi makanan ibadah kita semua..Semoga hayat kita di persinggahan yang amat pendek ini mendapat Mardhotillah...INSYAALLAH..:)
Mengapa setelah berzikir, solat atau berdoa hati belum tenang? Sedangkan Allah telah menetapkan dalam Al Quran bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang? Khususnya ketika menghadapi ujian rumah tangga mengapa hati kita masih resah, kacau dan galau walaupun sudah berbuih mulut meluahkan kalimah zikir? Justeru, ramai isteri atau suami mengadu, mengapa hati mereka tidak tenang walaupun telah berzikir ketika menghadapi krisis, ujian dan kesusahan dalam hidup berumah tangga?
Mengapa kita belum mendapat ketenangan sepertimana yang dimiliki oleh pasangan Sayidina Ali dan Siti Fatimah walaupun kita telah berzikir dengan kalimah 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar',sama seperti yang pernah diamalkan oleh mereka? Apa yang tidak kena dengan zikir kita? Bukankah kalimahnya sama? Bukankah jumlah atau bilangannya sama?
Tidak syak lagi kita tidak dapat menghayati maksud tersirat daripada kalimah-kalimah zikir itu. Berzikir tanpa menghayati falsafah dan makna tersirat di sebaliknya, umpama burung kakak tua yang pandai bertutur. Untuk menghayati makna zikir sehingga meresap ke dalam hati perlukan ilmu, amalan dan latihan. Marilah kita sama-sama kita fahami apakah kesan atau rasa-rasa yang perlu dirasai oleh hati apabila kita mengingati Allah (berzikir). Antara rasa-rasa itu ialah:
1. Rasa kehambaan.
Rasa kehambaan ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain sifat kekurangan seorang manusia apabila berdepan dengan ujian daripada Tuhannya. Apabila diuji dengan kerenah pasangan, kekurangan harta, anak-anak sakit dan sebagainya, seorang suami atau isteri yang memiliki rasa kehambaan akan sedar bahawa semua itu hakikatnya datang daripada Allah.
Firman Allah:
"Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal.'' - (Surah At-Taubah 9: 51)."
Bila menyedari hakikat itu, seseorang akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Hatinya berbisik, "Bukankah aku seorang hamba? Aku sewajarnya akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku diuji begini." Hatinya tidak akan berkata, "kenapa aku, bukan orang lain?" Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Sebaliknya jika kita 'memberontak', hati akan bertambah kacau. Let go, let God – maksudnya lepaskan dan pasrahlah kepada Allah.
Apakah tanda-tanda kita memberontak apabila diuji?
Kata Imam Ghazali rahimahullah,"Cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah 'memberontak' kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya!"
Misalnya, seseorang suami atau isteri itu tidak mahu lagi untuk makan dan minum secara teratur, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan rumah atau menjaga anak-anaknya lagi.
Marilah sama-sama kita ingat, apabila ditimpa ujian, kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja', "Inna lillah wa inna ilaihi raji'un."
Firman Allah:
"Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. - (Surah Al-Baqarah 2:156)
Kalimah ini mengingatkan kita agar kembali merasakan erti kehambaan. Bahawa kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini. Dengan ini kita akan dapat menurunkan rasa marah kepada pasangan, anak-anak, mertua atau sesiapa sahaja anggota keluarga kita. Ya, mereka berbuat demikian atas izin Allah jua.
2. Rasa bertuhan.
Rasa kehambaan yang serba lemah, itu mesti di imbangi oleh rasa bertuhan. Apabila kita rasa lemah, timbul pergantungan kepada Yang Maha Kuat. Apabila kita rasa kurang, timbul pengharapan kepada Yang Maha Sempurna. Apabila kita dihimpit kesedihan semakin kuat rasa pergantungan, pengharapan, permintaan kita kepada Allah. Mungkin selama ini kita terlalu bergantung kepada suami, isteri atau anak-anak.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina dan lemah. Sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa sabar, tenang dan berani menghadapi apa jua masalah dalam rumah tangga. Seorang suami yang paling kuat menghadapi ujian dalam hidup ialah suami yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya.
Firman Allah:
"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.''- (Surah Taubah 9:40)
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan rasul sanggup berdepan dengan kerenah isteri mereka. Nabi Luth, Nabi Ayub, Nabi Nuh misalnya, mampu menghadapi ujian yang paling kritikal dalam rumah tangga mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.
Firman Allah:
"Dan pintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat.''-(Surah al-Baqarah 2:45)
Dalam apa jua keadaan,positif mahupun negatif, hati suami atau isteri tetap tenang.
Firman Allah:
"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.''- (Surah al-Fath 48:4)
Apabila hati tenang, berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang dilaporkan oleh Sa'ad bin Abi Waqqas: "Aku hairan dengan orang beriman, sekiranya dia mendapat kebaikan, maka dia akan memuji Allah dan bersyukur, dan sekiranya dia mendapat musibah dia akan memuji Allah dan bersabar. Dan setiap mukmin diganjari dalam setiap urusannya sehingalah diberi pahala pada setiap suapan makan yang diangkat ke mulut isterinya."
3. Memahami maksud takdir Allah
Mana mungkin kita dapat mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam bahtera rumah tangga kita ialah hati. Hati yang bersifat berbolak-balik (terutamanya apabila diuji) hanya akan tenang apabila kita meyakini sifat kasih sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya tetap bersama kita sewaktu diuji. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan buruk. Walaupun kadang-kala kita belum nampak kebaikannya,percayalah kebaikannya pasti ada.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baiklah kepada Allah, berdasarkan
Firman Allah:
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.- (Surah Al-Baqarah 2: 216)"
Siapa tidak inginkan keharmonian, kasih sayang dan kemakmuran dalam berumah-tangga. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, krisis masih berlaku jua, maka bersangka baiklah dengan Tuhan. Mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita kesempitan belanja, maka berusahalah untuk menambah pendapatan, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Dengan ini kita tidak akan merungut, stres dan tertekan. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."
Jagalah rumah tangga kita dengan sebaik-baiknya. Carilah jalan damai sehabis daya. Namun ingatlah jika badai terus melanda, ingatlah itu sudah maktub (tertulis). Jangan rosakkan hati kita dengan kalimah "kalau" atau "jika". Hayati sabda Rasulullah saw ini: "Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: "Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu, tetapi katalah: "Allah telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan,' kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan." (Hadis riwayat Muslim)
4. Mendapat hikmah apabila diuji.
Hikmah adalah suatu kebijaksanaan mendapat kebaikan di sebalik satu keburukan. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh mehnah – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Daripada Abd al-Rahman bin Azhar bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa sakit atau demam, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja."
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah para suami atau isteri meraih sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah. Rumah tangga adalah medan 'perjuangan' melawan nafsu marah, putus asa, buruk sangka, dendam dan lain-lain sifat mazmumah yang mungkin timbul hasil interaksi dan komunikasi antara suami isteri, ibu-bapa dengan anak-anak, mertua dengan menantu.
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Justeru, hayatilah kata-kata hikmah ini:"Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."
Ya, inilah empat rasa yang sewajarnya ada ketika kita berzikir sewaktu mengharungi ujian dalam berumah-tangga. Bawalah hati kita berehat.Rehat sebenar ada di dalam zikir. Dan zikir yang paling besar adalah solat. Oleh kerana itulah Rasulullah saw sering menyuruh Bilal supaya azan dengan katanya yang membujuk, "Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal!"
ALLAH ITU MAHA AGUNG
Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat??
Jelas,
Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia
dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali,
tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap
Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan
dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan
dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok
balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana???
KENAPA
BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya
atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong
menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di
stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat
Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah
membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya
ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam
perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang
dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi
itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat
penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu
dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
"Yang
paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung).
Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh
dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia
infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan
Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan
anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di
tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar
dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah
dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna
Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan
adalah sama kuat...
Hal
sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur
seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan
panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan
pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
"Ini
telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk
membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna
bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke
seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat
lain di dunia ini," jelasnya
Pelbagai
bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa
Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah
Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas
tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan
atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau
ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha
Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah
baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa
merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini
dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu
dan mengkaji Islam yang amat indah ini...
Cuba kita berfikir sejenak...Bermacam-macam benda yang ALLAH berikan kepada kita..Sesungguhnya ALLAH itu Maha Agung..Subhanallah..Buktinya ada di depan mata kita..Sama-samalah kita merenung setiap yang berlaku sepanjang kehidupan kita selama ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)