Monday, December 19, 2011
ALLAH ITU MAHA AGUNG
Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat??
Jelas,
Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia
dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali,
tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap
Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan
dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan
dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok
balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana???
KENAPA
BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya
atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong
menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di
stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat
Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah
membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya
ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam
perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang
dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi
itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat
penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu
dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
"Yang
paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung).
Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh
dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia
infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan
Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan
anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di
tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar
dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah
dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna
Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan
adalah sama kuat...
Hal
sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur
seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan
panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan
pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
"Ini
telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk
membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna
bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke
seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat
lain di dunia ini," jelasnya
Pelbagai
bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa
Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah
Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas
tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan
atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau
ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha
Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah
baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa
merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini
dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu
dan mengkaji Islam yang amat indah ini...
Cuba kita berfikir sejenak...Bermacam-macam benda yang ALLAH berikan kepada kita..Sesungguhnya ALLAH itu Maha Agung..Subhanallah..Buktinya ada di depan mata kita..Sama-samalah kita merenung setiap yang berlaku sepanjang kehidupan kita selama ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.